Setiap etnik menunjukkan
cara hidup mereka melalui muzik dan tarian. Tarian Sumazau merupakan tarian
tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian
ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan
dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah
semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga dapat
menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.
Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan
gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah
kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari
tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.
Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta
Kaamatan.Antara jenis tarian suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah sepeti
berikut :
i.
Liliput
· Liliput merupakan tarian
bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara
berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh
jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya
akan ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya.
ii.
Menangkuk
· Tarian ini
dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri Sabah. Ia
biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain. Penari akan
mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan di atas
telapak tangan.
· Tarian ini ditarikan
dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring. Sekiranya piring itu
jatuh, ianya menunjukkan petanda yang buruk, terutamanya semasa tarian ini
dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilin yang dinyalakan
akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itu lebih menarik.
iii.
Mogunatip
· Mogunatip adalah tarian
yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman Sabah termasuk kaum
Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau dan beberapa kumpulan
daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil daripada perkataan "atip"
yang bermaksud menekan antara dua permukaan.
· Penari mogunatip
memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh
yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut.
Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang
tertentu untuk menghormati tetamu.
iv.
Mongigol
Sumundai
· Mongigol Sumundai adalah
tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang dipersembahkan oleh suku kaum
Rungus . Kedua-duanya dipersembahkan oleh suku kaum Rungus. Kedua-duanya
dipersembahkan sekaligus semasa perayaan dan upacara pemujaan semangat. Tarian
ini ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari perempuan dan diketuai oleh penari
lelaki.
· Penari perempuan akan
merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakan pergelangan tangan dengan
langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Pakian yang digunakan oleh penari
perempuan adalah pakaian tradisional suku kaum Rungus. Tarian ini diiringi
dengan 4 gong dan gendang yang dinamakan ' Tontog'.
v.
Paina
· Paina merupakan tarian
suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya dipersembahkan semasa
upacara kesyukuran terhadap semangat padi.
· Ia biasanya
dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang dipakai oleh
penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yang terang dan
menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan ' sandai
' yang tergantung dari leher.
vi.
Sumayau (
Mongigol Tuaran )
· Tarian ini merupakan
tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di daerah Tuaran. Ia
biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacara memuja tengkorak
kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).
· Sumayau dipersembahkan
lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba hitam dengan lengan
panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher. Penari perempuan pula
memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabungjalinkan sementara penari
lelaki memakai ' sigar '.
· Penari perempuan
menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara penari lelaki
berdiri dan menggoncangkan ' giring ' atau loceng kecil ang dilekatkan pada
pakaian mereka.
vii.
Sumazau
Papar
· Tarian ini berasal dari
daerah Papar, Sabah. Ianya biasa ditarikan oleh gabungan penari lelaki dan
perempuan.
· Keunikan pergerakan
tapak kaki penari perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari.
Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik. Penari perempuan
memakai pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun dari daerah Papar, dengan '
seraung' yang diletakkan atas kepala dan bulu berwarna-warni atas ' seraung '
yang dipanggil ' senaundung '.
· Penari lelaki pula
memakai ' siga ' pada kepala mereka dan juga skaf / selendang yang dikenali
sebagai ' sandai '.
viii.
Sumazau
Penampang
· Sumazau Penampang adalah
tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian ini biasanya dipersembahkan
semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat padi ( Bambaazon ).
· Penari mempersembahkan
tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula
menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan gong. Dengan '
pangkis ' dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran corak tarian
akan dilakukan. ' Pangkis ' dari penari lelaki ini akan lebih memeriahkan lagi
suasana tarian ini.
· Pakaian yang dipakai
oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuning emas. Penari
perempuan memakai ' tangkong ', ' tinggot ', dan ' Himpogot '. Penari lelaki
pula memakai ' sigar ' di kepala. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong
atau pun ' togunggu '.
ix.
Titikas
· Titikas adalah tarian
tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan, Sandakan. Tarian ini
biasanya ditarikan untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat dan juga semasa
perayaan.
· Pergerakan tangan semasa
menari ialah sama seperti permainan ' Ingki-ingki '. Alar muzik yang digunakan
untuk mengiringi tarian ini dikenalai sebagai ' titikas ', ' gabang ', '
kantung ' , dan juga gong.
No comments:
Post a Comment