Salah satu aspek kesenian
yang amat popular dan diterima ramai dalam masyarakat Dusun ialah seni nyanyian
tradisional. Seni nyanyian ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat Dusun
malah disukai oleh masyarakat lainnya di Sabah.
Nyanyian yang sering dinyanyikan oleh masyarakat natif Sabah
adalah berdasarkan kepada bahasa atau dialek etnik masing-masing. Masyarakat
Dusun menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Dusun, namun demikian terdapat lagu-lagu
ciptaan yang dicampuradukkan bahasanya dengan etnik lain yang hampir sama. Seni
nyanyian ini turut menjadi salah satu identiti masyarakat natif di Sabah kerana ianya agak unik dan berbeza-beza mengikut
suku.
No comments:
Post a Comment