Kadazandusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang kaya
dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun
mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Setiap etnik
dalam kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri Contohnya
pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah
berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang
di Kota Marudu.
Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan juga
upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum
Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya
pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan
pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut: Pakaian tradisi suku
kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan
diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum
Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.
Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan
adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga
Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai
keunikannya yang tersendiri.
Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi
yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam. Warna ini banyak
digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya bergantung
kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair pencelup kain.
Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti merah,
oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan. Pakaian tradisi juga
termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan
antik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang
syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun
yang sangat berharga serta tinggi nilainya.
Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum
kadazansusun yang amat popular di negeri Sabah.
Suku
Kaum Kadazandusun Penampang
i.
Ciri-ciri
pakaian tradisi.
· Blaus tidak
berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).
· Blaus berlengan pendek,
berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur. (Sinompukung)
· Blaus berlengan panjang
untuk wanita golongan tua terutamanya 'bobohizan'(kinoingan).
· Kemeja berwarna hitam
baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.
· Sarong (tapi) panjang
berenda 'siling', berwarna hitam
· Siga - pelbagai corak
dan motif pada tenunan
ii.
Perhiasan
pakaian.
· renda 'siling' utama
keemasan pelbagai corak.
iii. Barangan kemas
· Himpogot - wang syling
berwarna perak.
· Tinggot - Tali pinggang
berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han.
· Tangkong - Diperbuat
daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau)
yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.
· Gelang (gohong)
· Rantai leher (hamai)
· Anting-anting (simbong)
· Cincin (sinsing)
· Kerongsang berwarna
keemasan
Rungus
Di Kudat
i.
Ciri-ciri
Pakaian Tradisi
· Blaus berwarna hitam
bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil 'Banat Tondu'.
· Sarong(Tapi Rinugading)
hingga ke paras lutut sahaja.
· Kain hitam berukuran
lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di bahu dan berjuntai
ke lengan berbentuk pakaian berlengan.
· Baju Kemeja hitam
berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.
· Siga
ii.
Perhiasan
Pakaian
· Kain bercorak, tenunan
halus pelbagai corak.
· Cincin tembaga serta
manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi tali pinggang
berwarna-warni yang dipanggil 'orot'.
· Manik-manik dipanggil
" lobokon " digantung di pinggang.
· Sepasang selendang
(pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada manik-manik berunsurkan
corak purbakala.
iii. Barangan Kemas
· Rantai leher (sandang)
diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih berkilauan dan tulang
haiwan.
· Sanggul (titimbok)
· 'Burambun' dan 'Giring'
barangan antik yang diperbuat daripada logam emas berbentuk loceng.
· 'Sisingal' - manik-manik
serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang diikat di bahagian
dahi.
· Cebisan kain dijahit
membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di tengkuk.
Kadazandusun Papar
i.
Ciri-ciri
Pakaian Tradisi
· Blaus baldu hitam
berlengan panjang (siya)
· Blaus putih (baju dalam)
· Sarong (gonob) baldu
hitam hingga paras lutut.
· Siga (lelaki)
· Baju kemeja baldu hitam
berlengan panjang.
· Siung (wanita)
¾ berbulu binatang (burung)
berwarna apa sahaja untuk wanita bujang.
¾ berbunga-bunga untuk golongan
wanita sudah berkahwin.
¾ tiada perhiasan di siung .
ii.
Perhiasan
Pakaian
· Butang berwarna keemasan
(kubamban) sebanyak 8 pasang di dada.
· Renda keemasan (siling)
dan labuci (dijahit disekeliling lipatan tangan dan leher)
· 8 pasang butang berwarna
keemasan dijahit di lengan blaus.
· Tenunan 'rinangkit '
bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong
(gonop).
iii. Barangan Kemas
· 3 bentuk kerongsan antik
keemasan berbentuk duit syiling.
· Gelang (belilit) perak.
· Tali pinggang berwarna
perak (rupiah) berbentuk duit syiling.
iv. Cara Pemakaian.
· 3 pasang untuk wanita
bujang.
· 2 pasang untuk wanita
berkahwin.
· 1 pasang untuk wanita
berstatus balu atau golongan berumur.
· Tali pinggang kecil
berwarna perak untuk menunjukkan si pemakai dari golongan berada.
Lotud
Tuaran
" Lorud "(Blaus
berlengan panjang)
a) Dipakai oleh Lotud Tantagas
semasa upacara rasmi.
i.
Ciri-ciri
Pakaian Tradisi
· Blaus hitam berlengan
panjang (sukub kopio), bercorak warna merah sebagai warna utama. Tinobugi
berwarna merah, kuning keemasan dijahit pada pergelangan tangan, tepian blaus
dan di dada.Corak bermotif bambu (Ukob)berwarna merah,oren, biru dan hijau
dijahit tangan di atas jahitan warna keemasan di pergelangan tangan.
· " Gonob " pula
bercorak warna merah dijahit ditepi kiri (bangkit) serta tinobugi dijahit
melintang diparas betis. Ukuran gonob adalah dibawah paras lutut.
· Sandai. Ia sejenis kain
skaf panjang yang dipakaikan disekeliling bahu.
ii.
Perhiasan
Pakaian
· Kain putih (haboi)
sebagai tali pinggang .
· Tali pinggang (loti)
putih dan perak. Ditambah dengan 2 kelepak ikatan hitam untuk wanita sudah
berkahwin.
· Rambut disanggul seperti
'Sinulug' (atas) 'Sinungkok' (bawah) "Ginuli" pula dililitkan di
sekeliling sanggul 'sinulug'.
· Sigar dan siwot.
¾ Sigar - Ia diperbuat daripada
daun nipah serta mempunyai daun emas. Brunei yang diukir tangan. Tepian sigar
dihias dengan rotan yang dicelup dengan warna merah.
¾ Siwot - Ia terdiri daripada
ikatan 4 helai bulu ayam putih diikat dengan kain merah . Setiap bulu
dilekatkan pada cebisan bambu nipis. Beberapa helai bulu hitam disertakan juga.
Helaian 1 dan 4 mesti mempunyai rantai manik emas dan biru berhiaskan cebisan
kain merah.
iii. Barangan Kemas
· Himpogot wang syling
berwarna perak.
· Tinggot - Tali pinggang
berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han.
· Tangkong - Diperbuat
daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau)
yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.
· Gelang (gohong)
· Rantai leher (hamai)
· Anting-anting (simbong)
· Cincin (sinsing)
· Kerongsang berwarna
keemasan.
Dusun
Tindal Tempasuk Kota Belud
i.
Ciri-ciri
Pakaian Tradisi
· Blaus berlengan panjang
(sinipak ) berwarna hitam.
· Gonob (sarong) paras
lutut.
ii.
Perhiasan
Pakaian
· Renda bercorak dijahit
tangan pada lengan blaus.
· Lengan blaus di atas
siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan berbagai corakl kain
berenda.
· Kain hitam
berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan) disandang di
tangan sebelah kanan.
· 2 pasang selendang
merah.
· Kain dastar sebagai kolar
baju.(selindang lolopot)
· Gonob ditenun sendiri
oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain tenunan dari hasil pemprosesan
pisang larut (textil musa)
iii. Barangan Kemas
· Manik-manik antikb)Tali
pinggang yang lebar (Kinokogis)a) Sinipogot - 4 gelang sinipogot yang diperbuat
daripada wang syiling dolar perak.
· Gelang Perak ( Saring
Perak ).
· Anting-anting Perak.
· Beg kecil berwarna perak
(pouch) diukir tangan beserta rantai leher (kiupu). Ia dipakai sebagai rantai
leher.
Murut
Tagal Dari Daerah Keningau
i.
Ciri-ciri
Pakaian Tradisi.
· Blaus tidak berlengan (
sampayau pinongkoh ).
· Sarung ( tapi ) berwarna
hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-manik berwarna-warni dan
bercorak secara melintang dan menegak di seluruh bahagian depan dan belakang
blaus serta sarung.
ii.
Perhiasan
Pakaian
· Manik-manik bercorak
serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan hijau.
iii. Barangan Kemas
· Tali pinggang ( tirol
ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna perak.
· Tali pinggang ( sukayan
) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah / coklat ( sapulu ).
· Manik-manik warna biru (
botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang.
· Tali pinggang ( bungkas
) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis berwarna putih yang sukar
didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turun temurun ahli keluarga dan
bernilai RM 10 000. 00.
· Rantai leher berwarna
putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik dan ukiran kayu.
·
Gelang tangan yang diperbuat daripada manik
No comments:
Post a Comment